Friday, July 19, 2013

Karamel



Assalamualaikum.. Salam Jumaat ;)
Entry hari ini mengenai puding karamel. mmmmmm ,*cair air liur* hahaaha. ingat puasa k puasa =,=
Minggu ni aku balik rumah, kawan aku "ADILA" ada mintak aku buatkan karamel untuk dia. Tapi aku tak pandai buat. hahah. Kawan punya pasal , aku cari dalam google cara-cara buat karamel ni haa.. Nampak mudah, tapi memang mudah pon. haha . ok cara-caranya dan selamat mencuba ! :D

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )
  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air
Cara-cara 
1.  Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.

2.  Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.

3.  Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.

4.  Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.

5.  Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit

6.  Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.

7.  Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

Monday, July 23, 2012

Manis Tapi Getir

Assalamualaikum . Malam ni tuan rumah rase rindu dekat rumah dia yg satu ni . Dah lame x mengemas . Kalau dah mengemas memang x ingat dunia ! haha . Malam ni tuan rumah rase nak membebel . Yela kan , dah lame x membebel . Asyik bizi dengan anak-anak je (homework) . Tapi malam ni terase lenguh jari jemari  nak mandi dan siap-siap kan anak-anak tu . Biar jelah busuk kat situ . haha . Merapu lagi merapu !

Err , hari ni dah masuk puasa ketiga . Puasa kali ni best ! Tak rase lapar pon . ehehe . Kat Terengganu ni asyik hujan je petang-petang . Memang x rase panas lha wey , untunglaa tahun ni kan ;) Tapi hari ni jugak lah berlaku peristiwa yg sangat manis tapi getir . haha . Sekola tuan mmg bagus ! Puasa-puasa pon balik lewat , dah tahu Terengganu dah start hujan petang , di kasinye balik lewat ! Kalau lha tuan pergi sekola dengan motor berbumbung x pe jugak , aisey ! Ontheway balik skola , dah nmpak dah awan dekat hujung korea selatan gelap , tp tetap jugak nk balik . aish , kalau tunggu hujan brenti alamatnye pukul 5 lah wey sampai umah . yang penting mmg x sempat nk tidur . zZzzz . -__- then , berbonceng dgan Fariza Azura (driver) , smpai sesuku jalan , hujan mai dah hujan mai dah ! Mmg basah satu badan , mulut pon basah (ambik kesempatan minum air) haha . then , tuan ngan Azura cari port nak berteduh , bukan takut basah , takut kilat yg menyambar-nyambar mcm nak panah-panah Queen Matia. haha . ade lah dalam 15 minit , hujan x brenti lagi , rintik-rintik je . Yang penting kilat x de . Tuan ngan Azura pon meneruskan perjalanan . Sampai umah mandi , tido . zZzzz -__- (shortstory)

=-= Err , Kasut memang dh confrem basah ! Esok main osom dengan demam nk pergi sekola ke x . hmm . aisey !


Saturday, January 7, 2012

8 Perangai Perempuan yang Disukai Lelaki .

Hai , Assalamualaikum .. hari ni mey rajin sikit .. mey melawat blog'2 orang , hehe
then . mey jumpa satu post ni .. 8 perangai perempuan yang disukai lelaki . HEHE , mey tertarik dengan entri dea . apa lagi , copypaste lha . hihi ,  oke , enjoy . :)


Okay, bagi perempuan2, mesti nak tau sangat kan? So... here it is...

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

3. Menghargai
Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman.

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita. (bersifat terbuka)

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. 

Saturday, June 4, 2011

HEADgurl terbaek ! :D

assalamualaikum .. winkwink* (:

nii nii .. nak stOry sal headgurl aku kat skOla tknik tengganu nii .. HOHO
jap jap . nk kenal kan dulu . ni pic dea :)

 ira athirah .. hee

--> ye baik :) lemah lembut ngat ngat ! HAHA
--> spOrting doe ! :D
--> kuat tido . HAHA *jangan maraa :p
--> kadang kadang happy go lucky :)
-->suke sgt ngan pewangi lokerr aku (:
--> salu marah ngan org yg kacOw ye time tidoo . hua3
--> terserlah kerezakkan nye bile warden buat sesuatu yg agakk noob ==' haha

p/s  kak long headgurl trbaik lha :) . tp an , lepas bulan 7 nii kak long daa ta de :(
mesty adokk dh headgurl yg paling spOrting . bwak wokitoki gi asrama pom ta pe . huhu

** byk ag sal headgurl kitee nii . but buts ! aku malas da nk karang . nk cube untuk pejam mate nii .. nOk tidoo ! esOk nk gi nikOh ey  . kene bangun awal baii ! HAHA **

OKE . PEEP PEEPS ! :)
sambung esOk lop  . nunyte . buyebuye --> ( bai bai lha ) hee :D

Wednesday, March 2, 2011

keSETIAan

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.
Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…
 Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…
Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…
Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…
Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…
Lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki atau wanita  yang tidak baik…
renung ! :)

Friday, January 21, 2011

teheEee :)


widgets

Swinging Love Hearts Maker


KAMI SELAMANYE LAH ! hee
SYG ANDA SGT AYIE <3
CINTA TERAKHIR , CINTA SAMPAI MATI :)
UMEEY | AZREE